Jawatan Kosong Jururawat di Myangkasa Dialisis Sdn Bhd

Jawatan Kosong Jururawat di Myangkasa Dialisis Sdn Bhd – Iklan kerjaya permohonan kerja kosong jururawat di Myangkasa Dialisi Sdn Bhd kini dibuka.

jawatan kosong jururawat

INFO SYARIKAT

Kami menawarkan perkhidmatan rawatan dialisis iaitu satu prosedur yang menapis dan membersihkan darah untuk mengelakkan badan daripada mempunyai sisa badan yang berlebihan, mengurangkan pembendungan air yang berlebihan dan juga sodium dari darah manusia, mengawal tekanan darah, dan mengekalkan keseimbangan kimia tubuh.


Nama Syarikat: MYANGKASA DIALISIS SDN BHD
Laman Web: http://myangkasa.com.my
Alamat Syarikat: Unit 310, Blok A, Glomac Business Centre, Jln SS 6/3, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Jawatan Kosong Jururawat

Penempatan : Pusat Dialisis Temerloh dan Alor Star
Kategori: Swasta
Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

DESKRIPSI TUGAS

Untuk memberikan penjagaan kejururawatan yang berstandard tinggi kepada semua pesakit buah pinggang.


SYARAT & KELAYAKAN

  • Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang kejururawatan
  • Memiliki 1 tahun pengalaman bekerja dalam bidang dialisis.
  • Mempunyai Sijil Post Basic Renal adalah satu kelebihan
  • Mesti bersedia untuk bekerja secara syif


CARA MEMOHON

Kepada anda yang berminat dengan tawaran jawatan kosong jururawat ini, adalah dipelawa untuk menghantar resume berserta gaji jangkaan (expected salary) ke alamat emel berikut: [email protected]

TARIKH TUTUP: 15 Mac 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *