Jawatan Kosong Jururawat U29 di UNISZA Terengganu

Jawatan Kosong Jururawat U29 di UNISZA Terengganu – Tawaran kerjaya kerja kosong Jururawat Klinikal Gred U29 di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu kini dibuka untuk permohonan.

jawatan kosong jururawat

Universiti Sultan Zainal Abidin merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej 1971, dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan memohon untuk mengisi kekosongan jawatan jururawat Klinikal Gred U29.


Jawatan: Jururawat Klinikal Gred U29
Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan & Kesihatan
Kumpulan: Pelaksana
Taraf jawatan/Kekosongan: Kontrak/6 Kekosongan
Jadual Gaji Minimum/Maksimum: RM1,797.00 – RM5,753.00

SYARAT KELAYAKAN

  • Diploma Kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia; dan
  • calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Setiap pemohon MESTILAH memuatnaik gambar berukuran pasport dan sijil-sijil yang berkaitan. Kegagalan pemohon berbuat demikian akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  2. Hanya permohonan yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT

Pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan bersama satu salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan salinan Laporan Prestasi Tahunan (3 tahun berturut-turut).


KAEDAH PERMOHONAN

  1. Pemohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui laman sesawang UniSZA di http://www.unisza.edu.my atau www.aplikasi.unisza.edu.my/jaw/index.php?page_wrapper&menuID=4416
  2. Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan diproses.
  3. Sebarang pertanyaan mengenai perjawatan bolehlah menghubungi Seksyen Pelantikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 09-668 8339/ 8369/ 8374 dan jika terdapat masalah teknikal semasa pengisian borang, sila hubungi pihak Pusat Teknologi Maklumat di talian 09-668 8836/ 8848.
  4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 April 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *